Tuesday, February 03, 2009

Journey to the North

Journey to the North

Tepat pukul 9pm,aku dah 'lari' keluar dari tempat kerja aku.Teruja
betul nak balik kampung.Oh,actually bukan balik kampung atuk atau
nenek,tapi perjalanan keluar dari negeri Selangor/Kuala Lumpur sudah
aku anggap seperti 'balik kampung'.Sejak dari tahun 2002,aku dah takde
kampung sebab atuk aku dah meninggal.So family aku akan pulang ke
rumah saudara mara yang berselerakkan di serata negeri Perak,Kedah dan
Perlis.Itulah istilah 'balik kampung' bagi aku dan keluarga.

24 Januari,Bertolak keluar dari Plaza Tol Rawang sekitar pukul
11pm,isi perut kereta kali ini dipenuhi oleh aku,adik
perempuan(Anis),Mak,Abah dan adik lelaki(Hans) sebagai pemandu.

"Malam ni jalan mungkin sesak" kata Abah

"Sebab orang semua balik kampung.cuti Tahun Baru Cina" sambungnya lagi.

Tapi ternyata sangkaan Abah jauh meleset.Highway pada mlm itu seperti
biasa.Tak banyak kenderaan menjalar seperti yg lazimnya berlaku
apabila tiba musim perayaan.Motif utama kami pulang ke kampung adalah
kerana Mak aku nak jumpa kakak dia yg menetap nun jauh berhampiran
sempadan Perlis-Thailand.Itu memang tujuan asal.

"Alang2 dah dekat Perlis,jom la kita shopping kat sempadan!" cadang
aku kepada Abah.

"Haa! Jom!" Anis mencelah

"Kita bukan nak shopping.kita nak melawat Mak Ngah" balas Abah

"Kita pergi Langkawi la. Pakcik Fauzi ada kat sana" sahut Mak pulak.

Langkawi? Hm..good idea.Bukan selalu dapat berjalan jauh macam ni.Jadi
kami berkira2 untuk singgah samada di Langkawi ataupun Padang
Besar,Perlis.
Sepanjang perjalanan,abah tak letih mulut dari bercerita tentang
pengalamannya semasa bertugas sebagai askar.Aku sampai dah hafal
cerita2 abah sebab dah kerap sangat pengalamannya itu diceritakan
sepanjang perjalanan ke kampung.
Abah juga tak sudah2 mengingatkan anak2nya tentang keselamatan ketika
memandu jauh.

"Mak,nanti benti.Adik nak makan" pesan aku kpd mak

"Yer,nanti la sampai kat Tapah,kita benti makan" balas Mak

"Tapah tu kan perhentian wajib kita" sampuk Abah pulak

Kira2 pukul 1230am,kami singgah di hentian favourite kami iaitu
Hentian Tapah.Hahahaha,yes!Aku suka pit-stop ini sebab ianya lengkap
dan bersih.Kami berhenti untuk makan dan berehat.Gila ramai betul
orang kat hentian itu sehinggakan sukar utk kami mencari tempat utk
makan.Sempat jugak aku beli donut dari Dunkin!

Selepas berhenti makan dan rehat untuk satu jam,kami meneruskan
perjalanan ke utara.Malam itu perjalanan sgt smooth dan sejuk!

"Mak,nanti dah nak sampai terowong,kejut adik tau.nak snap gambar"
pesan aku sebelum tidur2 ayam

Yer,aku tak pernah lepas setiap kali melalui terowong puaka tu.Puaka??
Ade lah 2 kes makcik aku diganggu momok ketika melalui terowong
itu.Nak tau cerita momok tu? U can ask me personally =)

"Tu dah nak sampai terowong!" kata Mak

Aku teruja dan terus bersedia dgn camera pda yg tak seberapa ni.Sebaik
kereta masuk ke dalam mulut terowong,keadaan menjadi cerah kerana
limpahan cahaya dari lampu spotlight yang menerangi ruang sepanjang
terowong itu.

SNAP! - sekeping gambar yg ala2 segan dpt ditangkap.Ok dah.Dapat pun
gambar dalam terowong.Perjalanan diteruskan sehingga lah kira2 pukul 2
pagi lebih,Abah cakap dia dah mengantuk.Kami pun membelok ke Kuala
Kangsar untuk bermalam.

Kami menginap di sebuah hotel di Bandar Kuala Kangsar.Satu bilik dgn 2
buah katil king size dan sebuah katil single size memang sangat murah
berbanding dgn hotel di Kuala Lumpur.Selesai membersihkan diri,barulah
terasa segar badan untuk tidur! Abah,Mak dan 2 org adik aku dah lama
tidur tapi aku masih berendamkan air suam di dalam bath tub sambil tgk
tv! Very relaxing and fabulous! Hahahaha.

Sebelum tidur,aku menaip teks yg korang sedang baca sekarang
ini..sambil menunggu mata mengantuk..

25 Januari,Mak dah bising pagi2 suruh bangun.Aaaarrghhh! Mengantuk
gila ni.Semalam tidur lewat tgk tv.Jam baru pukul 7 pagi lebih,Mak dah
bersiap dan berkemas.Sejam lebih,semua dah siap mandi.Comel2 semuanya!
Hahahaha.
Sebelum checked out,pekerja tu bagi 4 biji limau mandarin sempena
Tahun Baru Cina.Bagi angpow la baru best kan? Hehe.

Kami bersarapan di sebuah restoran tidak jauh dari hotel tadi.Selesai
bersarapan,kami pun bertolak ke destinasi yang dituju.Kami melalui
jalan kampung.Seronok betul aku tengok rumah2 kampung...nampak klasik
je.Kami kini memasuki negeri Kedah dan melalui Pekan Baling.

"Rumah Cik Kiah kat kawasan sini lah" tegur Abah sebaik kereta
melintasi Pekan Baling

"Bukan lah.Diorang dah pindah ke Sg.Petani" balas Mak pula

"Oh! Betul jugak.Kita belum pergi pun rumah baru Cik Kiah kat
Sg.Petani tu.Jom kita singgah" cadang Abah bersungguh2

Lalu Abah pun menelefon Cik Kiah untuk bertanyakan direction ke rumah
barunya.Aku dapat dgr suara riuh Cik Kiah dari speaker handphone
abah.Bising betul.Cik Kiah memang macam tu.Sangat riuh.Tak seorang pun
dari anak2 saudara yg terlepas dari bebelan Cik Kiah tu..apa saja yg
kekok di matanya,siaplah telinga tu..
Well,sesuailah dgn namanya kot...

Kami tiba di rumah Cik Kiah tepat pukul 1230pm.
Memang langkah kanan la sebab masa mkn tengahari.Susah jugak nak carik
jalan ke rumah Cik Kiah tu.Dan macam biasalah mulut riuhnya itu.Tapi
dia baik ok.Sangat baik.Mak dan Abah layan bersembang dgn makcik
saudaraku itu sementara aku sibuk menonton tv.

Hari ni aku belajar satu fakta dari pakcik aku tentang istilah hukuman
'penjara seumur hidup' yg dikenakan kepada tahanan.Selama ni aku
ingat,hukuman penjara seumur hidup tu bermaksud seseorang tahanan itu
akan dipenjarakan seumur hidupnya sampai dia mati dalam
penjara.Ternyata aku silap..

"nasib baik budak ni kena penjara seumur hidup daripada penjara
sepanjang hayat" kata pakcik aku ketika membaca satu artikel akhbar

"ape beza penjara seumur hidup dgn sepanjang hayat?" tanya aku

"hukuman penjara seumur hidup tu maknanya,kalau pesalah tu berumur 20
tahun ketika hukuman itu dijatuhkan,dia akan dipenjarakan berdasarkn
jumlah umur dia telah hidup di dunia ini.maknanya dia akan
dipenjarakan selama 20 tahun je" terang pakcik aku

"hukuman sepanjang hayat tu lah baru penjara sampai mati dlm penjara"
sambungnya lagi

Oh! Macam tu ehk?
Baru lah aku tau.....I've learnt something today.
Abah,Mak dan Hans baring melelapkan mata sementara aku berjalan2
melihat sekitar kawasan kampung ni.
Jam menunjukkan pukul 3.30pm.
Mak dah bangun dan seperti biasa,akan dihambatnya sesiapa yg masih tidur.

"Hisyh! Cepat bangun! Nanti lambat sampai Perlis!" pekik Mak

"Ala..biaq pi la depa tidoq dulu sat.Yang hang ni duk kalut pasai pa?
Bukan nak lari mana pun kak hang nun" marah Cik Kiah dgn loghat Kedah
pekatnya itu.

Cik Kiah sbnrnya nak kami sekeluarga tidur di rumahnya malam tu tapi
Mak menolak dgn baik dgn menjelaskan yg kami sudah berjanji untuk
sampai di Perlis sebelum malam.

"Dah pukul berapa?" tanya Abah terpinga2 baru bgn dr tidur

"3.45pm dah. Cepat ..jom.." kata aku

"Anis,amik semua beg2 baju ni masuk dlm kereta" pesan Mak

Sekitar pukul 4.00pm,kami semua sudah bersedia untuk bertolak.Maka
adegan bersalam2an pun berlaku.Bukan selalu jumpa dgn saudara mara.

"Satgi hangpa sampai sana,kem salam kat depa noo. Jalan tu baik2"
pesan Cik Kiah kepada kami.

Secara beransur2 figura Cik Kiah anak beranak melambai2 hilang dari
pandangan.Kereta dipandu terus menuju ke destinasi yg
seterusnya.Semakin ke utara panduan kereta,semakin banyak sawah padi
terbentang di kiri dan kanan highway.

Aku begitu teruja melihat kehijauan bendang yg cantik.Lantak korg lah
nak kata aku jakun atau apa.Ku lontarkan jauh pandangan ku ke luar
tingkap kereta...di sebelah kanan highway.

"Waaahh! Cantiknya sawah...hijau sangat!" aku berteriak

"Adik,tengok yg sebelah sini!" Anis memanggilku utk menunjukkan
relung2 padi yg luas menghijau di sebelah kiri highway pula

"Tengok tu dik,cantik kan sawah padi?" sampuk Abah sambil melihat kiri dan kanan

"Korang ni jakun kot.Nampak sawah mcm nampak ape ntah!" sindir Mak
saat melihat gelagat aku dan Anis.Hans tak byk bercakap.Mungkin sebab
dia fokus kepada pemanduan.

Tapi sawah padi di sebelah kiri highway tu kurang menarik berbanding
dgn yg sebelah kanan kerana ada beberapa petak sawah di sebelah kiri
highway sudah kuning dan kering.

"Weih,nanti nak balik KL,singgah kejap kat tepi sawah.Aku nak snap
gambar" pesan aku kpd Hans

"Eeeh! Adik,ape tu?" tanya Anis

"Ape? Amende?" tanya aku semula

"Tu yg putih2 tu..ape tu banyak2 kat situ" terang anis sambil
menunjuk2 sekumpulan sejenis haiwan yg berada di tepi2 sawah.Aku tak
sempat menangkap apa yang cuba ditunjukkan oleh Anis tadi.

"Entah..kancil kot?" jawabku berseloroh

"Kambing lah! Mane ade kancil tepi sawah" sampuk si ibu

"Mane ade kambing mkn padi ?!" kata Hans secara tiba2

"Anis,tgk tu Menara Alor Star" kata Abah sambil menunjukkan menara yg
berada 2-3 kilometer dari highway.

"Eh? Macam Menara KL je!" luah Anis kehairanan sebelum disampuk oleh Mak..

"Mahathir pandai,sebelum dia bersara dia buat sebijik menara kat
negeri dia sama macam Menara KL"

"Betul tu,kat Selangor dia bina Putrajaya..kat Kedah pun Mahathir bina
Bandar Putrijaya" jawab aku bersetuju dgn statement Mak

Perjalanan kami pada petang itu dijamu dgn pemandangan sawah padi yg
luas terbentang.Kereta bergerak dgn selamat dan membelok masuk ke
persimpangan Jitra,Kedah.Kata Mak,jalan masuk ke rumah Mak Ngah dah
byk berubah kerana projek menaik taraf jalan menuju ke Perlis.Jadi Mak
dan Abah kena peka dgn tinggalan bangunan2 lama di bahu2 jalan.Hampir
45minit berlegar2,aku tgk Mak dan Abah berusaha utk mengecam jalan ke
rumah Mak Ngah.

"Hans,cari masjid besar kat tepi jalan.Masjid tu warna kuning" pesan
Mak kerana mak cuma ingat masjid kuning itu sbg landmark ke rumah
kakaknya.

"Dah dekat 6 tahun tak dtg sini,kalau dia tukar warna cat masjid tu
mcm mana?" tanya Hans sambil tangannya mengawal kereta dr melanggar
kon2 pembahagi jalan itu.

"Call Mak Ngah la.Ntah2 masjid tu dah dipindahkan sbb projek besarkn
jalan ni" kata aku.Masjid tu berada betul2 ditepi jalan.Boleh jadi
masjid itu dipindahkan ke tempat lain.

"Hah! Tu masjidnya! Belok kanan!" Mak teruja

Masjid dah jumpa,tapi bukan warna kuning.Sebaliknya berwarna
kuning+coklat.Tapi Mak masih kenal bentuk binaan masjid tu.Kedudukan
masjid tu tak berusik.Hanya pagar masjid itu yg menjadi pemisahnya dgn
jalan yg sedang dibina tu.

Kereta membelok masuk,melepasi tepi masjid itu dan selang 2 buah rumah
di belakang masjid itulah destinasi sebenar kami sekeluarga.Rumah Mak
Ngah,kakak kepada ibuku.Rumah itu sudah berubah.Sudah diperbesarkan
bahagian depannya.

"Assalamualaikum~" Abah memberi salam

Daun pintu rumah Mak Ngah dikuak..

"Wa'alaikumsalam" jawab Mak Ngah

Kami disambut oleh mereka sekeluarga termasuk kakak sepupu yg byk
mulut,Kak Pizah! Lama betul tak jumpa Kak Pizah.

"Larr..Kiah tepon jap tadi habaq hangpa semua nak tidoq sana!" kata Mak Ngah

"Ish! Mana ada,kami rancang mmg nak tidur sini je.Singgah rumah Kiah
sebab nak tau jalan ke rumah baru dia" balas Abah

"Anis,cepat amik beg2 bawak turun.Pergi mandi" arah Mak

"Anis dah besaq noo" tegur Kak Pizah

"Dah tingkatan 1" kata Anis

Petang itu kami berborak dan berkongsi pelbagai cerita.Rumah Mak Ngah
dah lain.Besar sedikit dari dulu.Kak Pizah mengajak Kami ke pasar
malam tak jauh dari rumahnya.

"Ah! Nak pi pasaq malam buat pa? Satgi aku tenggek nasik,makan sama2"
kata Mak Ngah

"Takyah masak la kak oi,kita pakat pi pasar mlm,beli lauk2 mkn" abah
bersetuju dgn cadangan Kak Pizah tadi

Sekitar pukul 6.30pm,kami semua bergerak ke pasar malam.Kira2 5 minit
perjalanan,melintasi sebuah tokong Siam yang cantik tersergam indah di
tepi jalan.Di pasar malam,Mak dan Mak Ngah membeli sayur-sayuran
sementara aku,Anis,Hans dan Kak Pizah merayau mencari makanan.

Malam itu kami dinner bersama2.Macam2 jugak yang dibualkan dan seperti
biasa topik orang2 tua saudara mara aku ialah tentang askar.Sakan aku
mendengar pengalaman Abah dan Pak Ngah kerana kedua2 mereka merupakan
bekas askar.

Membawa ke tengah malam,seorang demi seorang mula tidur kecuali aku
kerana aku menyambung menaip teks ini.

26 Januari,Bangun pagi kali ini dikejutkan dgn suara bising Mak Ngah
pulak! Katanya tak elok tidur masa matahari tgh naik.Maka terpaksa lah
aku bangun bersiap2.Pak Ngah pulak baru pulang dr membeli
sarapan.Sarapan pagi ni nasi lemak RM1.00.Sangat murah tapi
sedikit..so seorang makan 2 bungkus =)

"Kami nak berjalan2 sekitar Perlis" kata Abah

"Pi la Langkawi ka..." cadang si Mak Ngah

Habis lah..Mak Ngah dah suruh pergi Langkawi,si Anis tu mula
lah..merisik2 kot2 Abah nak bawak ke Langkawi.Kami tak bercadang ke
Langkawi pun.Sekadar berjalan2 di negeri2 Utara.
Kami keluar dari rumah Mak Ngah kira2 pukul 10pagi.

"Jom pergi ke Kuala Perlis" kata Abah

"Kita nak pergi Langkawi ke abah?" tanya aku

"Bestnya! Nak pergi Langkawi!" Anis teruja

"Takde Langkawi,ramai orang kat sana" kata Mak

Kami tiba di Jeti Kuala Perlis kira2 pukul 11pagi.Anis pula mula buat
muka sebab tak dapat ke Langkawi.Kata Mak,kita tak planning ke
Langkawi,so tak boleh pergi.Maka muka Anis mula cover2
menangis...melihatkan si anak kesayangan Abah,mula bergenang
airmata,Abah pun bersetuju untuk ke Langkawi.

"Tengok,anak Abah dah nak nangis tu" usik Abah melihat Anis mula menangis

"hahaha tak dapat pegi Langkawi!" aku dan Hans mengejek Anis

"Kesian anak Abah,jom lah kita pergi sana.Adik pergi beli tiket" kata Abah

"Tapi janji dgn Mak,jangan beli apa2 kat sana tau" pesan Mak kpd Anis
dan lantas dia bersetuju!

Tiket feri kami pukul 1230pm tetapi kami bertolak awal dengan menaiki
feri yg lain kerana masih ada kekosongan di dalam feri itu.Sebelum
feri bertolak,Abah sempat menelefon Pakcik Fauzi yg kini menetap di
pulau tersebut utk memaklumkan tentang kedatangan kami.

Feri pun berlepas dari jeti dan tiba di pelabuhan Kuah 1jam selepas
itu.Kami tiba di Langkawi sehelai sepinggang kerana beg2 pakaian semua
berada di dlm kereta di tanah besar.Cadangnya kami akan balik semula
ke Kuala Perlis petang itu.Tetapi plan bertukar apabila Pakcik Fauzi
'memaksa' kami bermalam di rumahnya.Abah pula 'terpaksa' bersetuju.

Sebaik turun dari feri,kami disapa seorang pemuda yang menawarkan
kereta utk disewa pada kadar RM80 sehari.Sebelum bersetuju,Abah
menelefon Pakcik Fauzi bagi mengelakkan dari ditipu.Kata Pakcik
Fauzi,sekarang musim cuti sekolah,kereta sewa meningkat sekitar RM150
sehari berbanding hanya RM40 pada hari2 biasa.Jadi Abah pun bersetuju.

Kereta sewa dipandu terus ke Pantai Cenang,tempat
Pakcik Fauzi berniaga.Kami singgah di gerai miliknya dan sempat
menjamu selera disitu.Selesai makan,kami dibawa oleh isterinya
berjalan2 di sekitar Langkawi.Lokasi pertama yang kami tuju ialah Kota
Mahsuri yg menempatkan Makam Mahsuri dan beberapa monumen berkaitan
dgnnya.

Abah lah org yg paling kusyuk mengikuti segala pameran yang ada di
situ.Mak pula sempat membeli 2 botol air dari Telaga Mahsuri yg
kononnya berkhasiat..Choy!

Destinasi kami yg seterusnya ialah ke Awana Porto Malai,sebuah marina
private milik anak Dr.Mahathir.Tapi malangnya kami tak berpeluang
masuk kerana pintu ditutup pukul 5 pm.Lalu kami menuju ke Underwater
World,Pantai Cenang dan ke sekitar pantai2.Hari semakin senja dan kami
pulang ke rumah Pakcik Fauzi di Padang Mat Sirat.

Malam itu kami semua makan malam di sebuah restoran yg berlatarkan
sawah padi.Tapi tak nampak pun padinya..dah malam..gelap..

Malam semakin larut dan aku tidur paling awal kerana sakit kepala..

27 januari,Aku bangun tanpa dikejutkan oleh Mak kerana Mak tgh sibuk
membuat sarapan.Semua dah bangun dan bersiap sekitar 8.30am.Selesai
sarapan,kami meminta diri untuk pulang.Tapi kami bukan terus
pulang,sebaliknya kami menyambung perjalanan ke Telaga Harbour
Park.Sempat bergambar sakan.Situ sangat cantik terutama ketika
matahari sedang naik.

Kami meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Machincang untuk melihat
kereta kabel.Lebih kurang 20 minit kemudian kami tiba di stesen kereta
kabel.Dari bawah kelihatan begitu gayat.Ramai yg beratur untuk menaiki
kereta kabel menuju ke puncak gunung.

"Jom naik!" cadang aku kepada semua

"hish! Mak taknak! Takut!" kata Mak.Aku sekadar ketawa

"Alah jom la naik..tak takut pun" pujuk aku

"Taknak..cukup lah dulu adik tipu mak kat Bukit Merah.Mak tak berani" kata Mak

Secara tiba2 aku teringatkan peristiwa lucu yg berlaku di Bukit Merah
Laketown Resort pada tahun 2001 dulu di mana aku dgn sengaja
membiarkan Mak naik kereta kabel seorang diri! Kesian Mak masa tu
kegayatan.hahahaha.

Disebabkan Mak taknak naik kereta kabel itu,kami semua masuk ke
kandang yg menempatkan beberapa ekor kijang.Teruja sungguh aku kerana
haiwan2 itu sangat jinak! Hans membeli beberapa paket makanan kijang
untuk diberikan kepada kijang2 yg comel itu.

Selesai meluangkan masa bermain dgn kijang2 itu,Abah mengajak kami
meneruskan perjalanan ke jeti kerana bimbang kehabisan tiket feri ke
Kuala Perlis.Dalam perjalanan,aku teringat tentang Telaga Tujuh.

"Telaga Tujuh kat mana?" tanya aku

"Tengok la peta tu,nanti kita pergi" kata Mak

Kami meneruskan perjalanan mencari lokasi Telaga Tujuh berpandukan
peta.Setibanya di kawasan Telaga Tujuh,tak ramai pelancong yg
kelihatan.Mungkin sebab lokasinya terletak di dlm hutan dan
berbukit.Kami meletakkan kereta di parking dan mula mendaki anak
tangga ke atas.

"Jom kita lumba sapa sampai atas dulu!" pekik aku sambil berlari.Diikuti Anis..

"pelan2 la,mak tak larat" keluh Mak kepenatan

"mak hang ni,baru 50 anak tangga dah penat!" sindir Abah pula.

"korang pergi dulu,biar aku pimpin mak pelan2" jawab Hans.

Semasa berlari ke atas bersama Anis,aku berselisih dgn 2 org pemuda yg
dlm perjalanan turun dari Telaga Tujuh.

"Jgn lari dik,jauh lagi ke atas tu" kata salah seorang dr mereka

"Hah!? Jauh lagi ke?" tanya aku sambil termengah2 keletihan

"Jauh lagi nun atas tu.Jln pelan2." pesan pemuda itu lagi sambil berlalu pergi.

"Jauh lagi la Anis..." kata aku

"Yeke? Habis tu? Nak tunggu mak kat sini ke?" tanya Anis

"Ha'ah..tunggu mak semua dtg" balas aku.

Kami berdua duduk di tengah2 jalan curam menuju ke Telaga Tujuh untuk
menunggu Abah,Mak dan Hans..10 minit kemudian mereka sampai.Aku lihat
Mak dah termengah2 sambil dipimpin oleh Hans.

"Aik? Ingatkan dah sampai atas?" kata Abah

"Jauh lagi org tu cakap!" pekik aku

"Ha? Jauh ke?" tanya Abah.

"yer jauh lg abang tu ckp tadi" jawab Anis

Perbualan kami tadi didengari oleh seorang makcik yg sedang bekerja
menyapu sampah di situ.Dia menyapa kami.

"Nak pi mana ni?" tanya makcik tadi

"telaga tujuh" jawab aku

"Oo..telaga tu jauh lagi atas tu.Ni belum separuh lagi ni" terang makcik tu lagi

Mendengarkan kata2 makcik tu tadi membuatkan niat kami terbantut untuk
terus mendaki.Kesian pulak tgk mak penat.Lalu kami pun berpatah balik.

Setelah semua berpakat untuk pulang,Hans terus memandu ke jeti pekan
Kuah.Cuaca di Langkawi begitu panas! Terasa bahang terik matahari
walaupun angin kadang2 bertiup.

"Weh! Jgn lupa singgah kat Dataran Lang.Tu lokasi wajib kat Langkawi"
pesan aku kepada Hans.

"Alah nanti kita pulangkan kereta ni,kita jalan kaki je ke dataran tu" kata Mak

Semakin hampir ke pekan Kuah,semakin banyak kenderaan yang
kelihatan.Jalan sedikit sesak mungkin kerana mereka semua ingin pulang
ke tempat masing2 kerana esok hari orang mula bekerja.Dari jauh sudah
kelihatan figura seekor burung helang gergasi seolah2 ingin terbang.

Setelah selesai urusan memulangkan kunci kereta sewa,kami segera
menuju ke Dataran Lang.Aku berjalan dgn pantas kerana tidak tahan dgn
suhu panas pulau itu.Cikgu Geografi aku pernah berkata,panas di pulau
dgn panas di tanah besar lain.Panas di pulau boleh menggelapkn kulit
dgn cepat.Well,aku berkulit 'mocha' dan semakin bertambah gelap.

"Wow besarnya burung ni!" kata Anis dgn penuh teruja

"tengok kuku dia adik,tu kalau dia cengkam orang boleh terburai" kata Abah pula

Aku mengambil beberapa keping gambar di situ sebagai kenangan sebelah
kami ke satu kawasan yg menjual cenderamata.Aku sekadar membelek2
cenderamata yg ada di situ.Anis dan Hans membeli beberapa rantai kunci
untuk dibawa pulang.Mak pulak membeli beberapa botol minyak gamat.

"Sudah2 tu,jom cepat..nanti tiket feri habis" kata Abah

Lalu kami terus ke jeti untuk membeli tiket pulang ke Kuala
Perlis.Setelah membeli tiket,kami duduk berehat sambil menunggu feri
yg dijadualkan tiba pada pukul 2.30pm.Sekitar 2.15pm,pengumuman ttg
ketibaan feri kami pun dibuat dan semua penumpang berasak2 ke pintu
perlepasan.Kami menaiki feri New Frontier.

"Alahhh! Feri ni nak cantik la!" aku mengeluh

"Ha'ah lah.Ingatkan feri yg 2 tingkat macam semalam tu" kata Hans

"tak best la mcm ni" sambung aku lagi

"Naik je lah.Sama je feri" kata Abah

"Nanti kalau kita dtg lagi,sblm beli tiket kita tanya dulu feri jenis
mcm mana.Kalau feri Coral Island,baru kita beli" cadang aku dgn nada
fabulousity~

Feri yg kami naik untuk pulang ke tanah besar kecil sedikit dari feri
Coral Island yg membawa kami dtg ke Langkawi.Tempat duduknya pun tak
fabulous macam feri Coral Island yg mana tempat duduknya adalah sama
dgn tempat duduk di dalam kapal terbang!

Dalam feri,aku terus tidur kerana kurang berpuas hati dgn feri tu.Tapi
tidur aku terganggu dgn tangisan seorang kanak2.Dari tgh laut
hinggalah ke jeti Kuala Perlis,budak itu tak berhenti menangis.Geram
betul.

Tiba di jeti,Mak,Abah dan Anis ke tandas sementara aku menunggu Hans
di pintu ketibaan kerana dia lewat keluar.Aku menyangkut beg plastik
di jari tengah dan dgn tiba2 aku kaget!

"Ya Allah! Cincin aku mana??" bisik aku dlm hati

Puas aku fikirkan di mana cincin yg selama ini bertakhta di jari hantu
aku itu.Paling memburukkan keadaan,bukan satu tapi kedua2 cincin itu
hilang!
Setelah di kaji secara mendalam,baru aku teringat yg aku menanggalkan
cincin itu pagi tadi ketika mandi.Aku letakkn di tepi kolam..shit!
Ketika ini Hans muncul dr pintu keluar.
Begitu juga dgn Mak,Abah dan Anis yg baru keluar dr tandas.

"Cincin aku tertinggal!" kata aku kpd Hans

"Syhh! Tertinggal? diam2 jgn sampai Abah tau" Hans berpesan kpd aku

"Macam mana ni??" aku kerisauan kerana itu cincin pemberian seseorang
yg istimewa.

"Diam2 je.Kalau Abah tau tertinggal cincin,mesti dia bising" bisik
Hans ke telinga aku

Memang betul,Abah merupakan seorang yg tegas dan dia begitu pantang
jika ada sesiapa yg tertinggal barang ketika bercuti.Mengambil contoh
ketika Mak tertinggal satu plastik buah-buahan di hotel dekat
Sg.Petani beberapa tahun sudah,Abah membebel sampai kami sakit
telinga.

Mahu tak mahu,aku terpaksa membiarkan saja cincin itu di sana.Dah
takde rezeki aku...terlupa.Aku tak pernah menanggalkan cincin itu
ketika mandi tetapi entah kenapa pagi tadi aku cabut ia dari jari..

Kami bertolak dari jeti Kuala Perlis menuju ke Bandar Kangar.Kata
Mak,sejak berpindah dari Kangar pada tahun 1989,dia tak pernah pijak
lagi bumi Kangar.Abah pula menyuruh Hans memandu terus ke Istana
Kangar kerana rumah yg pernah kami duduki,terletak hanya sekangkang
kera dari istana itu.

Kereta dipandu terus ke kawasan perumahan berpagar khas untuk anggota
Angkatan Tentera Malaysia.Kami melepasi pondok pengawal dgn mudah
kerana Abah menunjukkan lesen tenteranya.

"Terus drive ke belakang.rumah kita dulu kat barisan belakang" pesan Abah

"banyak dah berubah kat taman perumahan ni" kata Mak

"Mana rumah kita? Adik dah lupa" sampuk aku pula sambil melihat ke
kiri dan kanan

"nak pergi mana ni Mak?" tanya Anis kehairanan

"Nak tunjuk kat korg semua rumah kita dulu kat sini.Anis takde lagi
masa ni" terang Mak

"Oh! Dah ingat! Rumah kita dekat dgn sawah belakang tu!" sahutku teruja

Kemudian Abah menyuruh Hans memberhentikan kereta betul2 di depan
sebuah rumah di situ.Di depan rumah itu terdapat sebatang pili
bomba.Aku membaca nama yg tertera di pagar rumah itu..kini didiami
oleh seorang tentera berpangkat Lans Koperal.

"sini lah rumah kita" kata Mak.

"paip bomba ni dulu adik selalu panjat" kata Abah mengimbau kembali
zaman kanak2 aku tapi sumpah aku tak ingat apa2.

"kat situ dulu Along accident langgar trak askar" kata Abah lagi
sambil menunjukkan tempat Along aku bertembung dgn sebuah trak askar
ketika asyik bermain basikal.

Kami berhenti di hadapan rumah itu selama kira2 15 minit dan
meneruskan perjalanan pulang.Untuk pulang,kami melalui jalan yg sama
ketika ke rumah Mak Ngah dan Abah secara tiba2 berkata.

"kita singgah rumah Mak Ngah lagi nak? mandi2 pastu balik"

"hahahaha! Boleh ke macam tu?" tanya aku

"haa jom la singgah,rehat2 kejap" Mak bersetuju

"mesti dia terkejut tengok kita dtg balik kan?"

"ok2 jom..kita sergah Mak Ngah" kata Abah

Kami terus ke rumah Mak Ngah..
Hans membelok ke simpang masjid itu dan dgn perlahan2 masuk ke halaman
rumah Mak Ngah.
Dari dalam rumah kedengaran suara Kak Pizah..

"Aikk???!! Hangpa mai dari mana??" tanya dia kehairanan

"Lar! Aku ingat hangpa semua dah balik!Semalam habaq nak balik,la ni
muncui kat rumah aku" kata Mak Ngah pula

"Kitorg baru balik dari Langkawi!" kata Anis

"Oooo! Korg pergi Langkawi tak bawak Kak Pizah!" kata Kak Pizah bergurau.

Kecoh seketika rumah itu.Kami sekeluarga masing2 mengambil giliran
untuk membersihkan diri.Ada yang berborak dan bercerita pengalaman di
Langkawi.Mak pula sibuk mengasingkan pakaian kotor anak2nya.
Kami berada di rumah Mak Ngah selama kira2 45minit.Kemudian kami
meminta diri untuk pulang.

"Kali ni balik betui2 ka? Esok mai la lagi" kata Kak Pizah bergurau

"Bawak keta elok2 noo..dah sampai KL habaq mai" pesan Mak Ngah.

Tepat pukul 5 kami keluar dan terus ke Kuala Lumpur.Lama berada di
atas jalan,hari semakin gelap dan Abah menyuruh Hans masuk ke
Lenggong,Perak.

"kita bermalam kat rumah Mak Ndak malam ni ok?" kata Abah

"Elok la tu.Hans penat drive da~" kata Hans

Kami tiba di rumah Mak Ndak pukul 11mlm lebih.Mak Ndak menyambut kami
di pintu.Dia sudah pun menyediakan tempat tidur kami.Aku,Anis,Hans dan
Abah terus tidur kerana kepenatan sementara Mak dan Mak Ndak berbual
panjang..

BERSAMBUNG...

--
Haie Ahmad